SYARAT DAN PERATURAN

PERATURAN - PERATURAN ASRAMA PUTRI TUAN HAJI

 
1)  Membayar sewa penuh/pendahuluan pada tarikh seperti mana ditetapkan. Wang bayaran tak akan dipulangkan jika penyewa keluar/berpindah dalam masa tempoh penyewaan. Kunci akan diberi setelah bayaran penuh dibuat. 
 
2)  Penyewa bertanggungjawab dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua sekali pun.
 
3)  Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam peraturan ini.
 
4) Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar bangunan atau bahagian dalam Rumah tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
 
5)  Dilarang memelihara dan/atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan Rumah dan/atau di mana sahaja dalam Rumah tersebut.
 
6)  Dilarang membawa dan/atau menyimpan di dalam rumah apa jua jenis senjata, bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.
 
7)  Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut termasuk ruangan kaki lima, tangga serta jalan disekeliling  rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.
 
8)  Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa berada di dalam keadaan baik/bersih dan boleh diduduki (susutan biasa samada kerosakan api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).
 
9)  Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan Rumah berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insuran yang melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah.
 
10) Tidak melakukan dan/atau membenarkan siapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh mengganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.
 
11) Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang masalah pertelingkahan dengan jiran secara aman dan bertanggungjawab.
 
12) Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.
 
13) Penyewa hendaklah bertanggungjawab keatas sebarang kerosakan dan kos membaiki akan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa. (contoh tandas tersumbat disebabkan oleh tuala wanita)
 
14) Penyewa hendaklah menjaga segala harta/peralatan yang disediakan oleh Tuan Rumah.
 
15) Sedia menerima dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan seadanya.
 
16) Pintu pagar akan dikunci selepas pukul 12.30 pagi dan dibuka pukul 7.00 pagi, sebarang urusan selepas masa tersebut hendaklah berhubung dengan Pak Cik Mat/wakil Tuan Rumah.
 
17) Memasak TIDAK dibenarkan dalam bilik asrama.
 
18) MANA - MANA PENYEWA YANG MEMBERI TUMPANG KEPADA RAKAN LUAR TANPA KEBENARAN BOLEH MENYEBABKAN PENGUSIRAN DARI ASRAMA.
 
19) SEBARANG PERUBAHAN AKAN DI MAKLUMKAN JIKA ADA DARI SEMASA KE SEMASA.
 
20) Kunci bilik hendaklah sentiasa ada bersama/dibawa semasa keluar dari bilik